8 Mar 2012

Masalah Jerawat

Jenis Jerawat. 
1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
  • Whiteheads – belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
  • Blackheads – belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
  • Papules – radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
  • Pustules – radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.
2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)
  • Nodul – bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
  • Sista (cyst) – timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)
Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.

4. Pyodermafaciale folliculitis
Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sekali lagi saya katakan bahawa ianya tidak benar. Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:

Jerawat (Acne):
  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
Resdung (Sinusitis)
  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.

Cara Mengatasinya secara tradisional :
  1.  Gunakan kulit buah rambai yang kering kemudian dikisar halus. Campur dengan air mawar atau lebih mudah dengan air masak. Sapu ke muka. Amalkan dua kali seminggu.
  1.  Menggunakan daun jambu batu. Ambil segenggam atau dua pucuk daun jambu batu yang masih muda. Kemudian, anda rebus pucuk jambu tersebut sehingga mendidih. Biarkan suam  Ambil sehelai tuala bersih, basahkannya ke dalam air rebusan tadi dan laplah ke seluruh muka anda. Bila muka anda dah kering, lapkan muka anda lagi dengan tuala (ulangi proses no. 4 sebanyak 2 atau 3 kali).Pada malam hari pula, anda rebuslah lagi pucuk jambu sampai mendidih. Kemudian, basahkan tuala bersih ke dalam air rebusan yang masih panas ataupun yang telah suam. Seterusnya, perahkan sedikit tuala tadi dan tekapkannya pada muka anda. Biarkannya lebih kurang dalam 5 minit. Ulangkali. Setelah itu, ambil ibu kunyit dan dibelah dua, gosokkan pada jerawat. Akhir sekali, bilas dengan air bersih

    Selamat mencuba kawan-kawan...


No comments:

Post a Comment